Citer ni x brape menarik la bag saya walaupun saya sendiri yang buat..
Izinkan aku..
Untuk kembalikan senyuman manimu...
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan dan seorang budak lelaki.Budak perempuan itu bernama Natrah Farisya dan budak lelaki itu bernama Naim Farish.Natrah seorang yang sangat ceria.Mereka berdua ialah kawan karib yang sangat rapat.Naim selalu memanggil Natrah untuk bermain.Mereka tinggal di kampung yang sama.Umur mereka sudah 18 tahun.Mereka membesar bersama sama.Mereka pergi dan pulang ke sekolah besama sama.Natrah hanya menganggap Naim hanya sebagai kawan karibnya,tidak lebih daripada seorang kawan karib.Tapi lain pula Naim walaupun mulutnya mengatakan Natrah hanya kawan karib tapi lain pula dihatinya.Hatinya telah terlekat kepada Natrah.Naim tidak meluahkannya malah merahsiakannya.Natrah sudah lama menaruh perasaan terhadap Nazrul Hakim.Natrah dan Nazrul sudah meluahkan isi hati mereka.Itulah yang menyebabkan Naim begitu cemburu.Setelah lama Natrah berhubungan dengan Nazrul,barulah Naim tahu bahawa Nazrul hanya mempermainkan Natrah.Semua kehendak Nazrul dipenuhi.Walaupun Naim memberitahu Natrah tapi Natrah langsung tidak percaya.Mampukah Naim melindungi Natrah?
Natrah sudah tidak seceria dulu.Dia selalu berkurung di dalam bilik selepas mengetahui kesemuanya.Nazrul begitu geram dengan Naim.Sasaran Nazrul adalah Naim.Mampukah Naim menghalang niatnya.Natrah cuba untuk melindungi Naim yang telah menyelamatkannya daripada dipermainkan.Natrah pula yang akan menyelamatkannya.Naim dan Natrah akan menghadapi cabaran ini bersama sama.Adakah mereka boleh menginsafkan Nazrul yang suka mempermainkan wanita?Tetapi...Adakah Naim sanggup bersuara??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan