Nama simple...citer dia besa2 jer..
Aku menghitung hari menunggu kepulanganmu...
Tapi kenapa saat saat itu kau pergi jua..
Kau memilihnya lebih daripada aku...
Kisah seorang perempuan yang kenal bersama dengan seorang lelaki yang bernama Khairi.Perempuan itu bernama Armiza.Armiza dan Khairi telah bercinta.Mereka berjanji akan kahwin selepas habis belajar.Selepas habis belajar,Armiza membuat keputusan tetapi malangnya Khairi terpaksa pergi ke JEPUN kerana ada hal penting.Setahun sudah berlalu,Armiza masih menghitung hari.Dia tidak akan kahwin dengan orang lain selain Khairi.
Adakah Khairi akan pulang?Adakah Khairi akan membiarkan Armiza menghitung hari hari apabila Khairi tidak pulang?
Setahun sudah berlalu.Khairi akhirnya pulang dari Jepun.Armiza gembira sekali tetapi Khairi pulang dengan muka yang masam mencuka.Betapa terkejutnya Armiza melihat Khairi bersama seorang perempuan bernama Kurumi Minori.Armiza berasa hidupnya sia sia.Betapa ruginya dia menghitung hari untuk lelaki penipu baginya.Armiza masih menghitung hari supaya Khairi berpisah dengan Kurumi.Hampir saja Khairi dengan Kurumi renggang tetapi mereka bersatu kembali.Suatu hari Armiza bertemu dengan adik Khairi iaitu Khairul.Khairul memberitahu bahawa ayah dan ibunya tidak suka akan Kurumi Minori.Tiba tiba hubungan Khairul dengan Armiza terjalin.Armiza tidak memikirkan Khairi lagi.Khairi begitu cemburu dengan adiknya jadi dia memerangkap adiknya.Dia mahu merampas Armiza.Khairul terpaksa pergi ke JEPUN juga.Armiza takut Khairul akan menjadi seperti abangnya.Akhirnya,selepas banyak cara yang telah dilakukan Khairi untuk membuatkan Armiza jatuh kepadanya semula gagal.Khairul pulang dengan selamat.Khairi membuat keputusan untuk membunuh adik kandungnya sendiri telah menikam Khairul.Khairul pun masuk ke rumah sakit.Tiada sesiapa pun tahu bahawa Khairi yang menikam Khairul kecuali Khairul sendiri.Andaikan Khairul sedar,pastilah Khairi akan ditangkap.Keadaan Khairul sewaktu itu sangat kritikal.Armiza banyak berdoa.Dengan izin Allah,Khairul sedar.Tapi,jikalau Khairul sedar,lagi banyaklah dugaan yang menimpa.Khairi masih tidak berpuas hati.Dia membuat keputusan untuk menolak adiknya ke sungai.Rancangan Khairi berjaya.
Apakah semua orang akan tahu bahawa Khairi telah menolak Khairul.Khairul telah di temui oleh seorang perempuan bernama Alia.Alia membawa Khairul pulang ke rumahnya.Apabila Khairul sedar,Alia menanyakan namanya tetapi Khairul hanya menggeleng.Disaat itu,Alia menjaga Khairi.namun,bagaimana dengan Armiza??Apakah hubungan mereka akan kukuh...Apa yang akan dilakukakn oleh Armiza??Khairul masih mencuba memikatnya...
Saksikan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan