Khamis, 29 Julai 2010

RINGKASAN CERITA(DEMI CINTA)

Urm...see...i don`t know how to comment...

Hari esok aku mahu lebih indah..
Sesungguhnya tanpa kau di sisi hidupku tak bermakna...

.Ceritanya adalah seorang perempuan yang cantik yang bernama Hasya Mastura.Dia diterima bekerja sebagai guru dan kerjanya itu sama dengan kawan serumahnya.Kawannya yang bernama Maisara juga adalah orang yang cantik.Mereka berdua tinggal serumah.Pada suatu hari iaitu hari pertama Hasya bekerja,dia telah berlanggar dengan seorang lelaki.Lelaki itu juga bekerja sebagai guru di situ.Lelaki itu bernama Helmi Jeffri.Mereka berdua berkenalan antara satu sama lain.

Suatu hari Hasya diragut,ada seorang lelaki menyelamatkan dia.Dia menceritakan kes dia diragut kepada Maisara.Pada waktu itulah Hasya tahu dia telah jatuh cinta tetapi ada satu yang menyebabkan hasrat dia hilang.Dia langsung tidak kenal lelaki itu.Pada suatu hari Maisara dan Hasya pergi bekerja sambilan.Anis,kawan mereka menolong Maisara dengan Hasya mendapat kerja sambilan.Sewaktu jamuan diadakan di perpustakaan,Hasya telah dimarah oleh tuannya.Tuannya salah faham dengannnya.Hariz Ikhwan adalah tuannya.Hasya terkejut melihat tuannya.Tuannya adalah orang yang menyelamatkannya sewaktu dia diragut.Hasya telah diminati oleh Hariz,Helmi,Haikal dan banyak lagi.Kebetulan kawan karibnya Maisara itu telah jatuh cinta dengan Helmi.Hasya takut Helmi memberitahu bahawa dia telah jatuh cinta terhadap Hasya.Hasya tahu bahawa Helmi itu telah jatuh cinta terhadap dia.Jadi,Hasya ingin mencari teman untuk hidupnya.

Akhirnya Hasya dan Hariz telah bercinta.Disebalik percintaan mereka ada seorang yang cemburu dengan Hasya.Anis,kawan karib Hasya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Hariz.Hasya pening.Suatu hari dia berjumpa dengan adiknya iaitu Hanim Mutiara.Hanim Mutiara juga menyintai Hariz.Suatu hari Hasya sudah lama mengetahui Haikal menyimpan perasaan padanya,dia berjumpa dengan Haikal.Ibu bapa Hasya dan Haikal ingin menyatukan mereka.Bagaimanakah cinta Hasya terhadap Hariz?Apakah Hasya akan bahagia dengan Haikal?Bolehkah Hasya memberikan Hariz kepada Anis?Bagaimanakah jikalau Helmi memberitahu Sara tentang hatinya yang terlekat pada Hasya?Bolehkah Hasya menyerahkan Hariz kepada adiknya Hanim Mutiara?

Cabaran dan halangan cinta Hasya terganggu.Bolehkah Hasya memeruskan hidupnya.Hidupnya penuh dengan dugaan.Mampukah dia?

Kemunculan Iffah dan khairul menguji kesabaran Hasya.Namun siapa sangka cabaran demi cabaran harus ditempuhinya.Pening kepalanya memikirkan hal yang berlaku.Iffah mencintai Helmi dan Khairul mencintainya.Adakah hubungannya dengan Haikal akan bahagia sedangkan cintanya hanya untuk adik haikal iaitu Hariz.??

Tiada ulasan: